Monday, August 24, 2015

Pemasaran, Jualan dan Tuaian Buah Rock Melon Musim 7 sekitar Perlis Hari Pertama

5 Ogos 2015, Rabu
Pasar Pagi Ten Ten , Kangar, Perlis


Buah rock melon musim ke 7 yang telah siap dituai dibawa ke pasar pagi Ten Ten untuk dipasarkan keesokan harinya.



Seperti biasa , ramai peminat rock melon di kalangan warga tionghua Kangar beratur untuk membeli.


Terdapat pelanggan baru yang terkejut bila dikatakan buah rock melon itu ditanam di Sungai Batu Pahat , Bintong , Perlis dengan usaha sendiri.


Untuk sesi kali ini , tim ACT Perlis telah dikunjungi oleh tetamu dari Universiti Tun Hussein Onn , Batu Pahat , Johor iaitu 2 pelajar praktikal bersama pensyarah nya.


Pelajar ini telah turut sama turun padang menjadi pemasar buah rock melon bersama-sama  tim ACT Perlis.


Kebanyakan golongan pengunjung adalah di kalangan yang sudah berkeluarga dan warga emas masyarakat Tionghua Kangar.


 Buah yang tidak habis telah dibawa ke persiaran depan mahkamah Perlis sebagai sasaran golongan pekerja awam yang ingin menjamu selera di tengahari.


Tapak Fertigasi PPK Bintong , Kangar, Perlis


Di sebelah petang Tim ACT Perlis menyambung kerja-kerja mengumpulkan buah rock melon untuk bangsal seterusnya.


Untuk musim kali ini terdapat banyak buah yang rosak akibat musim hujan berterusan di Negeri Perlis. Terutama bangsal yang tidak dilitupi oleh bumbung samaada bocor atau terkoyak.

 
Semangat berpasukan dalam mengangkat buah menjadikan proses tuaian menjadi lebih mudah.


Buah rock Melon yang siap di gred dinaikkan ke atas lori untuk dibawa ke jeti Kuala Perlis untuk pemborong di Langkawi.

Monday, July 13, 2015

Fertigasi Rock Melon Musim 7 , Sesi Membalut Buah

10 Julai 2015, Jumaat
PPK Bintong, Kangar, Perlis



 Setelah masuk bulan kedua, pokok telah membesar sehingga dedaun nampak merimbun dan sulur yang bercambah ke serata arah.

  

Bunga-bunga yang berkembang telah didebungakan oleh serangga menjadi buah dan putik dan ada yang telah membesar lebih kurang 1Kg.



 Sulur yang dipotong dikumpulkan dan diletak di tempat pelupusan daun-daun organik.

 

Sulur yang menjalar dengan liarnya akan dipotong agar tidak menganggu serangga yang henda menghisap bunga.


Untuk buah yang telah membesar lebih kurang 1Kg akan dibalut dengan suratkhabar dan diketip bagi mengelakkan dari diserang makhluk perosak seperti kumbang dan lalat buah.


En Hasnan menunjuk cara yang betul membalut buah.


Walaupun di tengah panas, wajah haruslah sentiasa ceria membalut buah.


Azraie cuba memotong sulur yang tumbuh meliar sebelum membalut buah disebaliknya.


Sulur yang telah bersepah dipotong , dikumpulkan di satu tempat oleh Asmadi.


Sarang burung di atas pokok rock melon menunjukkan ekologi kitaran sistem  bekalan makanan berlaku dengan baik di kebun rock melon ini.


Asmadi mengira berapa helai daun yang mampu diangkat untuk menjimatkan masa dan tenaga.


Samsul memotong sulur di bawah pokok yang tumbuh meliar sebelum membalut buah yang kian membesar.


Sarang lebah kelulut diletakkan di tengah kebun rock melon bagi melancarkan proses pendebungaan. Sekali lagi sistem kitaran makanan semulajadi berlaku setiap hari di kebun rock melon.

Sunday, July 12, 2015

Fertigasi Rock Melon Musim 7 , Sesi Melilit Sulur Pokok

20 Jun 2015,
PPK Bintong, Kangar, Perlis

Untuk sesi seterusnya ACT Perlis 2 perlu melilit pokok yang menjalar keluar dari landasannya. Kelihatan bunga rock melon telah berputik dan sedia untuk didebungakan.


Waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk melentur pokok yang terjuntai melilit kembali di tali yang digantung.


En Hafiz telah menunjukkan cara yang betul untuk melilit. 


Di sebelah petang agak sukar untuk melilit kerana pokok telah keras dan kemungkinan pokok boleh terpatah.

 

Perjumpaan Susulan ACT Perlis 2 dengan Perlis Youth Biz School 2015 yang Keenam

11 Julai 2015
Kangar, Perlis




Perjumpaan seterusnya di studio musik Faizal dan kembarnya bersama dengan premis usahawan kosmetik, Pn Saritha. Premis mereka terletak di sebuah bangunan dua tingkat atas dan bawah. Selain studio musik, Faizal juga ada menyediakan perkhidmatan kelas musik.

Perjumpaan Susulan ACT Perlis 2 dengan Perlis Youth Biz School 2015 yang Kelima

10 Julai 2015
Kedai Kasut Bundle, Kangar, Perlis

Perjumpaan yang kelima adalah Hezri B Mahzan atau dikenali sebagai Abang  Bob. Beliau merupakan usahawan kasut bundle setelah sekian lama.


Dulu beliau berniaga dengan 2-3 orang rakan niaga bundle yang buka di tempat yang sama, tetapi kini tinggal beliau yang beroperasi bersama isterinya.


Beliau memerlukan sokongan dari segi teknikal untuk kerja-kerja kertas kerja .

Perjumpaan Susulan ACT Perlis 2 dengan Perlis Youth Biz School 2015 yang Keempat

09 Julai 2015, Khamis,
Gerai Ikan Bakar, Kangar, Perlis

Perjumpaan seterusnya berlaku di hujung bulan Ramadhan. ACT Perlis 2 telah pergi ke gerai ikan bakar di tepi roundabout pekan Kangar. Kawasan menjadi tumpuan yang menghubungkan antara Kangar dan Padang Besar merupakan laluan strategik bagi pelanggan En Fazli.


Beliau berniaga ikan bakar pada bulan ramadhan dan bekerja secara shift hour. Manakala isteri beliau mempunyai bisnes kosmetik yang diusahakan dropship dan dalam talian.


Perjumpaan Susulan ACT Perlis 2 dengan Perlis Youth Biz School 2015 yang Ketiga

14 Jun 2015
Restoran Masakan Panas, Kangar, Perlis


Perjumpaan yang ketiga ACT Perlis telah pergi ke Restoran Masakan Panas milik Mohd Nurhisyam. Wakil Pemuda Kangar juga turut terlibat dalam perjumpaan susulan ini.



Perjumpaan Susulan ACT Perlis 2 dengan Perlis Youth Biz School 2015 yang Kedua

13 Jun 2015, Ahad,
Restoran Alysa, Kangar, Perlis


 

Perjumpaan kedua melibatkan Merida Panda Enterprise, Wakil Pemuda Kangar, Wakil TEKUN, ACT Perlis dan Usahawan Gunting Rambut Z&Z En Faiz dan Usahawan Ikan Bakar & Kosmetik En Mohd Fazli. 


Perjumpaan Susulan ACT Perlis 2 dengan Perlis Youth Biz School 2015 yang Pertama

03 Mei 2015, Ahad,
Restoran Nasi Udang, Simpang Ampat, Perlis




Susulan daripada diskusi perniagaan Biz Youth Perlis 2015 bulan lepas, ACT telah melakukan perjumpaan dengan para peserta yang menunjukkan kesungguhan untuk sama-sama menaikkan pembangunan modal insan dan ekonomi Perlis.



Perjumpaan yang pertama, ACT Perlis 2 telah pergi ke Restoran Nasi Udang di Simpang Ampat, Perlis. Lokasi yang strategik di laluan besar antara Alor Setar - Kangar menjadikan restoran ini menjadi daya tarikan pengunjung yang ingin makan. Pemilik restoran ini bernama Ku Muhammad Nizar atau dikenali sebagai Mat Ijan oleh penduduk tempatan.



Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah keadaan restoran yang suram, tiada televisyen, servis lambat, tiada sistem keselamatan yang baik, papan nama kedai yang kecil dan kurang jelas.



Antara kekuatan restoran adalah makanan dan minuman yang sedap, lokasi yang strategik, ruang meletak kenderaan pelanggan disediakan dan suasana sesuai untuk makan bersama keluarga.

Diskusi Perniagaan Pemuda Perlis 2015 (Perlis Youth Biz School)

29 April 2015
Hotel Putra Palace, Kangar


ACT Perlis buat julung kalinya telah menganjurkan program Diskusi Perniagaan Pemuda Perlis 2015 dengan kerjasama Wakil Pemuda Kangar, Merida Panda Enterprise dan TEKUN Perlis.
 

Antara pengisian program telah dinampakkan tentang latarbelakang apa itu ACT dan Usahawantani Rock Melon Bintong kepada kalangan usahawan muda sekitar Kangar.



Seramai lebih kurang 30 peserta mengambil bahagian dalam diskusi ini. Ia melibatkan dari pelbagai sektor perniagaan seperti pakaian , makanan , teknologi , kecantikan , kesihatan dan pelbagai.


 Rata-rata peserta yang hadir ingin mendapatkan bantuan dari segi kewangan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.



Program ini diakhiri dengan panel penganjur telah membahagi-bahagikan peserta kepada kumpulan yang lebih khusus untuk dilakukan follow-up bagi kesinambungan program pembangunan modal insan ACT Perlis.


Program FIT Malaysia Ride Perlis 2015

13 Jun 2015, Sabtu
UiTM Arau, Perlis


Pihak FIT Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan acara FIT Malaysia Ride Perlis 2015. Turut dimuatkan adalah sesi senamrobik bersama para hadirin. Wakil dari ACT Perlis turut terlibat berkayuh dalam program sihat ini.


Antara orang kenamaan yang hadir ialah YB Khairy Jamaluddin yang turut sama menjayakan program. Beliau sempat ber selfie dengan hadirin di bawah pentas.



Walaupun tidak memenangi acara kayuhan, tim ACT berjaya menyelesaikan kayuhan sejauh 40Km yang bermula di Kompleks Sukan UiTM Arau hingga ke Cuping, Perlis.


Kawasan ini adalah yang terpanas di Malaysia dengan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan ialah 40'c pada 9 April 1998!

  

Dalam acara cabutan bertuah, En Khairy ACT Perlis 1 telah memenangi set televisyen Samsung 40". Tahniah diucapkan kepada beliau.








Yazid, Ayie dan Rahim tersenyum riang bergambar selepas menurunkan tandatangan di signature board yang disediakan.


Peserta menerima sijil penyertaan dan pingat yang unik.