12 Jun 2015
PPK Bintong, Kangar
Setelah anak pokok rock melon berusia 2 ke 3 minggu , daunnya mulai
bercambah sepanjang sejengkal lebih. Pucuk nya menjalar ke merata arah dan ia dipanggil sulur paut. En Hafiz menunjukkan cara untuk memotong sulur.
Sulur jika tidak dipotong akan menjadikan pokok berselirat ke merata
arah. Ia akan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan kebun kelak. En Yazid berhati-hati memilih sulur yang hendak dipotong takut jika tersalah potong boleh menyebabkan kerencatan pertumbuhan pokok.
En Azraie membiasakan diri bermain dengan sulur. Pada awalnya nampak sukar untuk memotong sulur kerana tidak ada ilmu dalam pemotongan sulur. Akan tetapi , lama kelamaan akan dipandaikan dengan izin Allah SWT.
No comments:
Post a Comment