Saturday, July 11, 2015

Program Usahawan Tani Pelapis di Sekolah Kebangsaan Kayang

29 April 2015
SK Kayang, Kangar Perlis



ACT Perlis 2 buat julung kalinya telah berkunjung ke SK Kayang, Kangar, Perlis bagi melihat bagaimana ACT Perlis 1 mendidik dalam Program Usahawan Tani Pelapis berkenaan teknik fertigasi selepas waktu sekolah sesi pagi selesai.



Para pelajar sekitar tahun 4-6 begitu teruja mempelajari teknik menguruskan tanaman sawi menggunakan fertigasi.



Semasa sesi berlangsung, buah Rock Melon yang baru dituai dipotong kecil dan dihidangkan kepada pelajar dan guru di situ.



Di akhir sesi, para pelajar memberikan tanggapan dan kesan kepada mereka setelah menyertai program ini.


No comments:

Post a Comment