Saturday, July 11, 2015

Pemasaran & Jualan Buah Rock Melon Musim 6 sekitar Perlis Hari Pertama

30 April 2015
Pasar Ten Ten , Kangar , Perlis



Pagi-pagi selepas subuh Tim ACT Perlis bersiap siaga untuk ke medan jualan Pasar Pagi Kangar , atau lebih dikenali sebagai Pasar Ten Ten di kalangan penduduk tempatan. Setiba di lokasi, para peniaga sibuk menurunkan barang jualan dan menyusun petak jualan masing-masing.



Tim ACT Perlis yang turun hanya mengikut musim seperti biasa akan bertanyakan tempat kosong di sebelah tapak peniaga ikan di situ yang biasanya lokasi bersebelahan beliau ada kosong. Masyarakat di Pasar Ten Ten sudah faham bagaimana operasi Bintong Rock Melon berjalan. Sehinggakan ada pelanggan yang sudah sedia menanti sejak awal untuk mendapatkan rock melon. Lebih mengejutkan dia akan membeli tak kurang dari 5 biji!





Urusan jual-beli akan berjalan seperti peniaga-peniaga lain layaknya. Ada masa laju, ada masa perlahan. Buah-buah yang tak habis akan dibawa ke tempat seterusnya.


Depan Ambank , Kangar , Perlis



Sementara menunggu Tim ACT Perlis yang berurusan di Ambank, sempat lagi Tim ACT Perlis membuat jualan dengan meletakkan Hilux berisi buah rock melon betul-betul di depan pintu masuk Ambank.



Secara tak sengaja Tim ACT Perlis dapat membuat beberapa jualan kepada orang yang lalu lalang, peniaga spek mata di sebelah Ambank dan Pegawai Ambank yang berurusan dengan Tim ACT Perlis. Rezeki ada di mana-mana dengan Izin Allah SWT.



Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang , Perlis


Lokasi seterusnya Tim ACT Perlis menuju ke Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang, untuk diletakkan buah Rock Melon ke Cafe Muna.


Buah yang kurang elok luarannya akan dibuat buah potong kerana masih ada isi yang elok untuk dijual.


Buah yang cantik kondisinya dipanggil Yubari, akan dilabel dengan sticker Bintong Rock Melon dan sedia untuk dijual.


No comments:

Post a Comment