Pasar Kuala Perlis
Hari keempat kumpulan pertama telah membuka pasaran baru di Kuala Perlis, sukar untuk mendapat tempat pada awalnya kerana semua tempat telah dipunyai peniaga lain.
Setelah bertemu dengan peserta Biz Youth Pemuda Kangar secara kebetulan, tim diberi ilham untuk membuka jualan jauh sedikit di bawah pokok, bertentangan dengan kedai makan Siam.
Terdapat juga buah yang dijual separuh, pun boleh dijual kerana ada pelanggan yang tidak mahu membeli sebiji atau hanya ingin merasa saja.
Pasar Nat , Pauh
Kumpulan kedua telah membuka pasaran baru di Pasar Nat, Pauh. Pada awal nya agak sukar peniaga di situ untuk bertoleransi, akan tetapi terdapat peniaga yang baik hati memberikan sebahagian tapak nya untuk digunakan.
Kali ini , tim kedua membuat persediaan dengan payung yang dibawa oleh En Nizam. Agar dapat melindungi dari panas dan hujan.
Kedudukan sama seperti semalam, di tepi jalan laluan kereta yang lalu lalang, tetapi lebih selesa sedikit. Jualan agak memberangsangkan dengan ramai pembeli yang berhenti membeli, walaupun ada yang tak dapat membezakan rock melon dengan labu.
PPK Bintong , Kangar
Pada petangnya , tim telah menuju ke kebun rock melon untuk melakukan kerja-kerja membersih pokok yang selesai dituai. Ini bagi membuat persediaan untuk menghadapi rock melon musim ke 7 pula.
Kerja-kerja membersih agak mencabar kerana pada batang pokok terdapat duri-duri halus yang jika terkena kulit akan membuat gatal-gatal jika kulit tak tahan.
Cara lebih selamat dengan menggunakan sarung tangan yang tebal dan cutter yang tajam. Jika cutter tumpul, kerja mencantas akan menjadi lebih sukar.
No comments:
Post a Comment