Tim ACT Perlis dengan kerjasama Merida Panda Advertising & Printing telah menganjurkan acara Perlis River Run bersama FIT Malaysia , Kementerian Belia Sukan , Perlis. Bertempat di Dataran Pengkalan Asam , tebing Sungai Perlis , Kangar.
Tim ACT Perlis 1 telah dibantu oleh dua orang Tim ACT Perlis 2 sebagai penjaga nombor untuk diberi kepada peserta yang tiba ke garisan penamat.
Sambutan sangat menggalakkan yang terdiri daripada warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan anggaran penyertaan seramai 130 orang.
Antara aktiviti yang berjalan seperti larian sejauh 7km mengelilingi Sungai Perlis , Pemeriksaan BMI di booth FIT Malaysia dan cabutan bertuah.
No comments:
Post a Comment