29 April 2015 , Rabu
Ladang PPK Bintong , Kangar , Perlis
ACT Perlis untuk musim yang ke-6 telah berjaya menuai hasil Rock Melon Fertigasi. Untuk julung kalinya, ia disertai oleh Tim ACT Perlis 2 iaitu En Yazid, En Azli dan En Hasnee.
Buah yang sudah cukup matang akan dipotong tangkainya dan diletak di tepi polybag. Tim yang lain akan mengumpulkan di luar bangsal untuk di gred kemudian ditimbang sebanyak 50Kg untuk sebakul buah.
Buah yang siap ditimbang diangkut ke atas Pickup 4x4 Toyota Hilux En Hasnan lalu dibawa pulang untuk dipasarkan.
Cabaran kali ini terdapat banyak pokok yang dijangkiti Spora Kulat . Ia menyebabkan buah berkulat di luar hingga merosakkan isi dalam nya. Manakala terdapat buah yang terletak di atas tanah buruk ditebuk serangga perosak.
No comments:
Post a Comment