Saturday, July 11, 2015

Pemasaran, Jualan dan Tuaian Buah Rock Melon Musim 6 sekitar Perlis Hari Ketiga

02 Mei 2015, Sabtu
Pasar Ten Ten , Kangar



Pada hari ketiga, jualan diteruskan dengan kumpulan pertama beroperasi di Pasar Ten Ten Kangar. Kali ini dengan eksperimen buah-buah potong diletakkan juga di atas meja jualan.

 

Jualan pada hari ini tidak seramai semalam nya. Mungkin ramai warga yang pergi berjalan-jalan kerana cuti panjang hari buruh bersambung dengan hari wesak.



Buah dalam cawan tetap laris walaupun orang tidak seramai semalam nya.


Pasar Berseri , Perlis


Kumpulan yang kedua telah beroperasi di tempat baru iaitu Pasar Berseri. Tempat terpaksa berkongsi dengan peniaga tetap di kawasan itu.
 

Keadaan pasar di sini lebih mencabar kerana ruang yang terhad dengan cuaca yang teramat panas beserta asap kenderaan yang lalu lalang. Tambahan pula , tim kedua tidak ada payung sebagai pelindung dari panas dan hujan. Sungguh mencabar!


Akan tetapi , kedudukan yang strategik di laluan orang ramai, buah rock melon berjaya dihabiskan di pasar ini. Hanya mereka yang berjiwa kental mampu mengharungi situasi panas dan menekan di situ.



Bintong , Kangar


Oleh kerana buah rock melon musim ke 6 banyak yang rosak, ada bahagian yang masih elok dan boleh dimakan. Maka En Azlan mencadangkan agar buah yang elok dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam cawan.



Teknik ini biasanya dibuat di pasar malam atau kedai-kedai buah di tepi jalan. Buah yang siap dipotong disimpan di dalam peti ais untuk diedarkan keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment