Pasar Ten Ten, Kangar
Hari kedua operasi jualan sama seperti semalamnya , Tim ACT Perlis telah keluar seawal pagi hari untuk membuka jualan di pasar Ten Ten.
Hari kedua menampakkan kehadiran pelanggan yang lebih ramai berbanding hari pertama. Mungkin kerana hari ini cuti pekerja.
Pelanggan ini tidak tahu berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Dari loghatnya seperti dari Negara China. Namun dengan menggunakan isyarat tangan dan bantuan masyarakat Cina tempatan, buah Rock Melon dapat dijual kepada nya.
Pelanggan bersilih ganti datang ke gerai Rock Melon.
Ada yang datang sekadar bertanya, dan ada yang mengatakan RM6 sekilo mahal. Tapi bagi yang dah biasa mereka tak akan berkira tentang harga.
Pasar ini kebanyakan didatangi oleh masyarakat Cina tempatan, yang memang selalu datang ke pasar pagi ini. Tidak hairan jika mereka akan sentiasa ada untuk hari-hari seterusnya.
Pasaraya Aneka , Kangar
Terdapat buah yang diletakkan di Pasaraya Aneka Kangar dengan sistem bill to bill.
Tuaian Rock Melon , Ladang PPK Bintong
Pada petangnya tuaian rock melon diteruskan untuk dipasarkan ke tempat selanjutnya.
Kali ini En Azlan mempunyai strategi baru bagi meningkatkan jualan. Caranya , Tim perlu dipecah kepada dua tempat agar buah dapat dijual dengan lebih cepat.
Kumpulan bakul yang pertama akan dinaikkan ke Hilux En Hasnan. Manakala kumpulan bakul kedua akan dinaikkan ke kereta Iswara En Yazid.
Oleh kerana kereta Iswara En Yazid bukan kereta pickup, muatan yang penuh di belakang membuatkan spring kereta mencecah bawah. Kereta perlu dipandu perlahan. Semoga Allah SWT bersama orang-orang yang sabar dan solat.
No comments:
Post a Comment