Sunday, July 12, 2015

Program Modal Insan Koperasi Gerak Daya Wawasan Kampung Paya Guring

29 Mei 2015, Jumaat
Kampung Paya Guring



Seawal pagi tim ACT Perlis telah bersama-sama pergi ke Kampung Paya Guring untuk membantu dalam Program Modal Insan SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dengan belia Kampung Paya Guring. Peserta terdiri daripada para pelajar UUM (Universiti Utara Malaysia) sebanyak 3 bas.


Antara pengisian program , pelajar diterangkan tentang koperasi dan peranan SKM kepada Masyarakat dan Usahawan.


Antara lain pelajar juga ditayangkan video dokumentari tentang latarbelakang dan sejarah Koperasi Gerak Daya Wawasan Kampung Paya Guring (KGDW).




Kayuhan Cinta Desa 5 Kampung Paya Guring

 

Di sebelah petangnya , pihak Koperasi Kampung Paya Guring telah menjemput para pelajar dari Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) untuk menyertai Kayuhan Cinta Desa 5 bersama Tuanku Raja Muda Perlis (TMRP).


Peserta dari KMP seramai 60 buah basikal, dari Kelab Basikal Tuanku Raja Muda, Tim Tayar Golek (TTG) dan ACT Perlis sendiri. Semua basikal berkumpul di dataran Kampung Paya Guring bagi menanti keberangkatan tiba TRMP.


Setiba baginda ke dataran, upacara dimulakan dengan sedikit ucapan dan sesi regangan. Kayuhan mengambil jarak sejauh 20Km. Antara tempat persinggahan seperti IKS Kaki Ayam dan IKS Bahulu.


Di sepanjang hentian TRMP akan mengadakan sesi serahan sumbangan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Tim ACT berpeluang mengambil gambar dengan para asnaf yang menerima sumbangan.


Program kayuhan berjaya diselesaikan dengan jayanya walaupun mengambil masa agak lewat kerana terdapat pelajar yang tak biasa berkayuh dengan jarak sebegitu jauh. Terdapat juga pelajar perempuan yang tercedera akibat kemalangan kecil semasa berkayuh di dalam denai kampung yang agak sempit dan curam.


Tim ACT Perlis membantu memindahkan basikal milik KMP yang tidak dibawa kerana pelajar yang pulang dengan menaiki bas. TRMP telah berkenan untuk merasmikan surau baru Kampung Paya Guring yang bakal siap tidak lama lagi.
 


No comments:

Post a Comment